Monday 31 March 2014

Nyepi~

Di saat teman teman intern di Malaysia sibuk siap siap nak pergi opis 
kami bersenang lenang kat teratak 
meneruskan libur
di tambah pula outstation ke Bukit Tinggi dibatalkan
lagi menambah kenikmataan bersantai santai
No more Monday Blue

Jadi untuk mengisi kekosongan perayaan nyepi
kami rewang rewang buat puding keremal 
yippi~~
Puding keremal semperna cuti:)

Memasak di negara orang adalah satu tugas yang mencabar sangat~~ [Serius~~]
sebab kita susah nak dapat bahan bahan yang di perlukan [tak tau jual kat mana.. cari cari tak jumpa]
Tapi
Seorang chef berbakat dapat menyajikan hidangan yang sedap walaupun dalam keadaan bahan bahan yang terhad. * semangatt*

Simple je, bahan utama: telur, susu pekat, esen vanila, gula

Resipi asal merupakan resipi turun temurun nenek rus
dengan sedikit perubahan

Bahan-bahan keremal:
-satu senduk gula
-Setengah cawan air panas

Bahan-bahan Puding:

Gula (4 sudu)

Susu pekat (separuh tin)
Esen Vanila (satu penutup kecil )
Telur (10 biji)
Air (Setengah cawan)

Cara cara penyediaan:

1- Bakar gula~~~> keremal


 Pembakaran gula pada suhu 200 oC dipanggil caramelization dan akan menghasilkan cecair cokelat melekit dan bau seakan akan kekacang. Kalau guna dapur gas, elok lah guna api kecik je, sonang nak kawal agar tak jadi gula hangus. Lepas semua gula dah mencair, air panas di tambah dan kacau laju laju untuk elakan gula berketul. Kalau korg tak tambah air, gula keremal akan terus mengeras selepas sejuk. Nanti susah nak transfer ke dalam bekas mengukus.


2. Puding
  • Campukan telur di dalam sebuah bekas yang besar dan pukul ala manja manja sampai kuning dan putih telur sebati. 
  • masukan  gula, susu dan air. Kacau sebati, tak payah sampai kembang.
  •  korg yang tak suka manis manis, boleh kurangkan kuantiti susu.


Adunan yang sudah mesra:)



3. Kukus

  • Masukan gula karemal ke dalam bekas kukus dan kasi rata.
  • Tuang bancuhan puding ke dalam bekas kukus, 

  • Kemudian baru boleh kukus. Sepanjang proses mengukus, elakan bukak penutup bagi mengelakan wap air menitik ke dalam puding [berlobang, tak santik]
  • Kukus selama 30 minit.



Jangan lupa tutup

Untuk memastikan puding masak sepenuhnya, ambil pencungkil gigi dan cucuk ke dalam puding &  tarik keluar. Kalau ada puding melekat pada pencungkil gigi, maksudnya puding korg tak masak lagi, dan tambah masa mengukus.


Puding keremal da siap~~


No comments:

Post a Comment